SEJARAH


Mengimbau kata-kata tokoh falsafah yang sangat terkenal, George Santaya dalam tulisannya The Life of Reason, Volume 1:1905, "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it." dalam kata lain "siapa yang melupakan sejarah akan mengulang kesilapan lalu" amat dekat sekali dengan diri kita. Secara sedar mahupun tidak, tiap detik dalam hidup kita tidak akan dapat lari dari sejarah. Ia sejarah! Sesuatu yang baru sesaat berlaku pada kita telah pun menjadi sejarah kini. Ibarat lagu nyanyian Ramlah Ram "sesaat kau datang" begitu juga lah sejarah dan kita. Hadir dan tidak pernah pergi melainkan kita yang tidak mahu mengerti.

Sejarah susah untuk dipelajari atau difahami?

Sebenarnya tiada jalan mudah untuk mempelajari sejarah. Sejarah itu ibarat diri kita. Tiada jalan mudah untuk mengenal diri kita. Apatah lagi sekiranya kita tidak pernah suka akan sejarah itu. Begitu juga kita tidak akan faham diri kita sekiranya kita tidak pernah cinta akan diri kita.Sejarah bukan untuk dihafal tetapi untuk difahami dan dihayati lalu diaplikasikan. Fahami peristiwa sejarah itu seperti kita cuba untuk memahami sejarah hidup kita, bayangkan peristiwa sejarah itu sepertimana kita membayangkan kisah yang sedang diceritakan oleh rakan-rakan kita. Seseorang yang memahami, menghayati dan mengaplikasikan sejarah adalah seorang yang sangat merendah diri, menghargai tiap apa yang dimiliki, sangat cinta akan negara dan punyai nilai kemanusiaan yang tinggi. 

Categories:

Leave a Reply