SEJARAH

About Us




Laman sesawang (blog) Sejarah SMK Taman Daya 2 ini dibina bagi meningkatkan keupayaan penyebaran dan perkongsian maklumat melalui pelbagai media selaras dengan kecanggihan teknologi. Diharapkan laman sejarah ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh cucu-cucu (pengunjung).

TOk Tu@ (admin) ingin memberitahu bahawa segala maklumat yang disiarkan di laman sesawang ini tidak mengambarkan secara peribadi pendapat atau pegangang mahupun pendirian TOk Tu@. Oleh itu, TOk Tu@ tidak akan bertanggungjawab terhadap segala maklumat yang disalah tafsirkan atau disalahgunakan oleh cucu semua (pengunjung laman sesawang ini). Maklumat yang disiarkan ini tidak semestinya tepat. maklumat ini perlu diteliti serta dinilai semula oleh cucu-cucu. TOk Tu@ hanya sekadar berkongsi maklumat yang amat terhad dan mungkin ada maklumat yang lebih tepat dari apa yang dipaparkan di sini di luar sana. TOk Tu@ juga amat mengalu-alukan perkongsian ilmu dalam laman sesawang ini.

Pesan TOk Tu@, cucu-cucu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap maklumat yang diterima dan diambil daripada laman sesawang ini. Ingat! jangan sesekali menyalahkan TOk Tu@ kiranya terdapat percanggahan antara apa yang dipaparkan di sini dengan apa yang disampaikan oleh cikgu-cikgu cucu semua di sekolah. Laman sesawang ini hanyalah cebisan-cebisan ruang simpanan ilmu yang lapuk dan terhad versinya. Rajin-rajinlah menuntut ilmu dan rajin-rajinlah bertanya sekiranya mahu mendapat lebih dari sewajarnya, atau sekiranya mahu mendapat yang terkini dan terdahulu dari orang lain. Orang yang maju kehadapan tidak pernah menunggu untuk mendapatkan sesuatu tetapi dia lah orang yang terdahulu merebut sesuatu dari terlepas ke tangan orang lain. Jadi, apakata cucu-cucu semua pantas merebut peluang untuk menjadi orang seperti itu!