SEJARAH

Selamat pagi dan assalammualaikum buat cucu-cucu sekalian.

TOk Tu@ ingin berkongsi sedikit maklumat yang agak lapuk tetapi masih  boleh digunakan dan dijadikan panduan buat cucu-cucu dalam merancang ulangkaji pelajaran Sejarah. Analisis Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Sejarah ini telah dibuat oleh guru-guru cemerlang Daerah Pasir Gudang setahun yang lepas. Bagi tahun ini TOk Tu@ simpan dahulu ya sehingga tiba masa yang sesuai akan TOk Tu@ siarkan. Sesekali apa kata cucu-cucu cuba menganalisis sendiri bentuk soalan Sejarah yang berkemungkinan akan dikeluarkan pada peperiksaan SPM nanti. Yelah kan cucu-cucu merupakan pemuda-pemudi yang sangat bijak dan cekap, tentu sekali ada sedikit kemahiran dalam meramal ini kan. Apa pun TOk Tu@ ingin mengingatkan bahawa sekiranya cucu mempunyai masa yang terluang, buat lah ulangkaji bagi semua topik. Sekurang-kurangnya cucu-cucu mengambil pendekatan "Sediakan payung sebelum hujan" tidak lah nanti cucu-cucu jadi seperti "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran atau nasi sudah menjadi bubur" apabila yang dibaca dan diramal tidak mengena.

klik pada perkataan ye cucu sekalian :
Analisis Sejarah SPM 2006 hingga 2010 Tingkatan 4
Analisis Sejarah SPM 2006 hingga 2010 Tingkatan 5

Salam sayang dari TOk Tu@ buat cucu semua. Selamat mengulangkaji pelajaran.

Categories:

Leave a Reply